Home Catch Report Light Casting Juvenile GT Pulau Langkawi

Light Casting Juvenile GT Pulau Langkawi

by -
5306

Jom layan Baby GT Langkawi!!! Itu lah yang di SMS oleh Zubir, sahabat yang saya baru kenali ketika trip saya ke Bintulu yang lepas. Ketika trip itu jugalah saya diracun oleh Zubir untuk mencuba Baby GT Langkawi  yang tak malu dan segan dengan pancingan gewang yang semakin digilai ramai dewasa ini. Zubir orangnya yang ramah dan senang dibawa bersembang dan adakalanya tak kering gusi dibuatnya bila lawaknya didalam loghat utara membuatkan ramai rakan-rakan pancing senang mendekatinya. Sejak terhebahnya artikel-artikel di alam maya dan photo-photo dari laman sosial Facebook dimana baby GT mudah dijeratkan dengan kaedah casting disana  membuatkan saya juga tidak senang duduk dan keinginan untuk mencuba-cuba menjerat spesies ini yang masih tak malu dan segan menghentam gewang apabila dilemparkan didalam radius dimana ia berada.

Langkawi Sunrise

Lantaran itu program bercuti bersama keluarga ke Pulau Lagenda yang lepas tidak sah kalau saya tak selitkan program casting kalau dah ke sana nanti. Semuanya saya telah diatur dengan bantuan Zubir untuk siapkan tempat tinggal saya dan boatnya.

Seawal jam 7 pagi Zubir telah mengambil saya di chalet berhampiran rumah kediamannya dan terus kami ke Jeti Nelayan Teluk Baru dimana letaknnya boat Zubir.

Resorts World Langkawi
Diabadikan didalam lensa kamera saya kedamaian dan keindahan pagi di Jeti Nelayan Teluk Baru Pulau Langkawi

Langkawi GT CastingKapal Mewah yang sentiasa membawa pelancong dari dalam dan luar negara untuk ke Pulau Langkawi.

Boat Zubir meluncur laju menuju ke destinasi pertama kami dimana pulau yang paling hampir dengan jety nelayan. Beberbekalkan enjin 15hp Yamaha Enduro, tidak sampai 10 minit kami tiba di destinasi pertama dan terus memulakan acara casting ke arah pulau.

Pulau Langkawi
Pulau yang berdekatan jety nelayan yang didiami baby GT dan adakalanya mama GT pun.

Trevally Langkawi
Strike pertama Zubir menggunakan Storm Thunder Blade Red Head.

Disebabkan hany kami berdua sahaja casting, Zubir tidak melepaskan peluang untuk meneman dan beraksi bersama saya merasai tarikan Baby GT Langkawi. Pasti syiok Zubir yang hari-hari melayan baby GT disini, senang cite. Mantaplah. Kami meneruskan menjelajah hampir kesemua pulau yng da dan berdekatan untuk menjejak sang Baby GT.

Zubir Langkawi
Tepian Pulau Batu Kapur yang menjadi  tempat sang GT bermain dan mencari makan.

Dipenghujung pulau yang paling jauh kedudukannya dengan Jeti Nelayan saya dikejutkan dengan hamburan kuat dari sang penghuni pulau apabila tidak tahan melihat percikan air dari Storm Chug Bug Red Head saya. Zubir yang mengawal arah boat berteriak dari belakang supaya saya tidak memberi peluang kepada pemangsa tersebut melariakn diri ke arah batu. Kalau tak berputih mata saya kerana GT bersize 3kg lebih itu cuba membawa tali  saya ke arah batu untuk meloloskan dirinya. Akhirnya GT Langkawi berjaya saya daratkan dan diabadikan didalam kamera saya. Alhamdulillah.

Reza Azwan fighting GT Langkawi
Aksi saya yang hampir-hampir lost “Lost Control”.

Langkawi GT Casting
Rapala Shadow 10-20lb masih lagi mampu mengawal size2 GT sebesar ini.

Langkawi GT Popping
Storm Chug Bug 11cm memang menjadi di Pulau Langkawi kata Zubir.

Langkawi GT Popping
Bentuk-Bentuk Pulau Batu Kapur cukup cantik dan ianya juga menjadi tarikan pelancong terutamanya kepada peminat fotografi.

Sebelum pulang ke jeti untuk makan tengah hari Zubir sempat singgah di sport terakhir dimana beliau pernah terlucut seekor siakap putih bersize 3kg. Kami mencuba sehingga penhujung tanjung tersebut dan ketika sipertengahan Storm Thunder Blade yang dilempar Zubir terus dilarikan pemangsa. Zuber yang mengenakan Reel Daiwa Tatula tiada masalah untuk mengheret keluar GT bersize sederhana dari kawasan berbatu. Saya abadikan aksi2 Zubir dan pemangsa pulau yang rakus sebagai tanda kenangan saya ke sini bersama beliau sebelum sebelum kami pulang ke jeti untuk makan tengah hari. Menurut Zubir yang bertahun-tahun melayan pelanggannya sini, dia akan pulang tengah hari untuk makan dan rehat sebelum sambung semula pada sebelah petangnya.

Mohd Zubir Langkawi
Aksi Zubir melayan karenah baby GT yang nakal dan rakus.

Langkawi GT Thunder Blade
Storm Thunder Blade kegemaran GT disini apabila ada masanya Popper tidak diminatinya.

Pada sebelah petangnya pula Zubir menyarankan saya untuk mencuba casting disekitar jeti Star Cruise. Kejadian sering putus dan lost control sering terjadi dikawasan sekitar jeti ini. Walaubagaimana pun kami terpasksa menunggu sehingga jam 5.30 petang kerana kapal mewah masih lagi berlabuh menunggu dan mengambil penumpangnya. Zubir berjaya sekali menjerat sang GT ditepian pulau berdekatan jeti Star Cruise apabila lontaran Storm Twitchstick Orange Tiger UV dihambat betul dibelakang batu.

Langkawi GT Casting
Kawalan dan kecekapan Zubir mengawal larian sang GT menghadiah ia trofi disebelah petangnya.

Langkawi GT Casting
Pose istimewa dari Zubir dengan Storm Twitch Stick Orange Tiger UV.

Jam menunjukkn hampir jam 7 petang saya mengambil peluang menikmati keindahan matahari terbenam sambil tangan saya tidak putus-putus menekan butang kamera untuk diabadikan sebagai kenangan kali pertama menjejak kaki disekitar jeti Star Cruise.

Langkawi Sunset
“Sunset” suasana sering di nikmati bagi kaki-kaki pancing.

Sebelum pulang Zubir mengajak saya kembali tempat beliau strike GT tadi sebelum kami pulang. “Kalau dah rezeki tak kemana,” luah Zubir apabila popper Chug Bug 11cm berwarna hitam kali ini dihambat GT bersize mantap. Seperti kebiasaan Zubir pasti berteriak kepada saya supaya saya tidak memberi pekuang kepada ikan utuk melarikan diri, sekali lagi GT bersize kasar dari pagi tadi  berjaya saya darat kan dan berteriak keseronokan saya.

Langkawi GT CastingGT Tepian Batu Berhampiran Jeti Star Cruise.

Langkawi GT Casting
Storm Chug Bug 11cm  Black Red Herringbone menjerat GT minit-minit terakhir.

Selesai bergambar dengan GT tersebut Zubir dengan nada melawaknya ” tak salah kot cheq nak cuba cast”. Dengan tak di sangka-sangka sekali lagi Storm Twitch Stick tidak menghampakan Zubir apabila karauan beliau ditepian batu menghadiahnya trofi yang tak disangka-sangka seekor siakap putih didarakan Zubir menandakan pentup cerita casting saya bersamanya.Tahniah kepada Zubir kerana mendaratkan siakap putih petang itu dan terima kasih Zubir dengan layanan yang cukup superb class. Thank you Bro!

Langkawi Barramundi Casting
Siakap Bonus minit terakhir milik Zubir.

Langkawi Barramundi Casting
Storm Twitch Stick 8cm Orange Tiger UV dan mangsanya.

Get your Storm lures from 2fishtackle.com!

Facebook
The media channel for Rapala South East Asia featuring a collection of product information, catch reports & fishing journals from all over South East Asia. Fish On! Live Your Passion! www.fishonmag.com