Home Articles Revolusi gewang dan joran Storm

Revolusi gewang dan joran Storm

by -
15440

Semakin hari semakin banyak jenama gewang yang muncul di pasaran pada masa sekarang. Umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai bentuk, saiz, warna serta selaman yang kita lihat berlambak dikedai-kedai pancing dan membuatkan kita pening kepala di buatnya untuk membuat pilihan mengikut selera serta budget masing-masing. Oleh yang demikian, jenama Storm yang mana sudah pun di kenali sejak dulu lagi juga tidak terlepas daripada arus persaingan pengeluaran produk-produk atau peralatan memancing yang terbaru demi untuk merialisasikan permintaan pelanggan (pemancing) yang mana semakin hari semakin mendapat persaingan hebat, lebih-lebih lagi produk atau barang pancing dari negara matahari terbit iaitu Japan.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure
Di sebabkan sifat pemancing kita khasnya yang lebih suka “pandang ke timur” untuk ber-shopping barang-barang pancing, jesteru pihak pengurusan bagi produk jenama Storm melantik beberapa orang pemancing atau otai-otai dari sana untuk memberikan suntikan idea terkini bagi produk-produk terbaru Storm termasuklah gewang, joran serta aksoseris pancing yang lain.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Terdapat pelbagai jenis gewang  Storm selaman dalam dan cetek yang sesuai untuk aktiviti mengilat yang berkesan untuk menjerat spesis-spesis muara. Di antaranya ialah model ThunderCrank Madflash, Smash Shad, Twitch Stick, Rattlin’ Thinfin, Deep Baby Thunderstick, Deep Jr Thunderstick serta banyak lagi. Terpulanglah kepada anda hendak menggunakan model yang mana mengikut kedalaman lubuk yang hendak di duga. Oleh yang demikian, untuk menguji keberkesanan gewang Storm selaman dalam model terbaru untuk menjerat spesis-spesis muara, saya telah pun berkunjung ke beberapa batang sungai di kawasan Miri serta di sekitar tembok pemecah ombak muara Miri.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, LureMJ yang diperdaya oleh aksi Storm Smash Shad

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Mengilat berbot
Bagi menerjah di kawasan-kawasan yang di sungai-sungai yang agak payah untuk melakukan aktiviti mengilat dari tebing, menggunakan bot adalah jalan terbaik. Lazimnya, jika mengilat menggunakan bot, saya lebih gemar dengan menggunakan kaedah berhanyut di sepanjang tebing sungai mengikut arus pasang surut air laut  atau dengan cara melabuhkan sauh jika terdapat bangkar separa tenggelam atau lubuk-lubuk yang difikirkan berpotensi.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Kaedah melabuhkan sauh jauh sedikit daripada struktur atau bangkar di sesuatu lubuk ini amat berkesan bagi mendapat peratusan untuk strike tinggi. Ini kerana apabila arus laju, bot juga bergerak laju. Oleh yang demikian, konsentrasi kita untuk meletakkan gewang di sesuatu sudut atau spot yang dikatakan berpotensi terjejas apabila bot hanyut dengan lintang pukang. Sedikit sebanyak, ini akan menyebabkan gewang yang di lontar tidak tepat ke sasaran.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, LureSpesimen dengan menggunakan Storm Baby Thunderstick

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Oleh yang demikian, kita dapat menduga lubuk tersebut lebih lama serta dapat memberi peluang untuk pemangsa mencekup gewang selaman dalam yang di suakan. Jika tiada respon daripada pemangsa di bawah, bukan bererti pemangsa tiada di situ. Oleh yang demikian, saya selalunya menukar saiz gewang yang lebih kecil sperti Storm Baby Deep Thunderstick yang berbadan kurus serta atau menukar kepada model gewang selaman yang lebih cetek. Dah banyak kali saya megalami situasi begini untuk memujuk pemangsa di bawah membaham gewang yang di suakan dan akhirnya berjaya membuahkan hasil.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Jika di sesetengah lubuk tersebut mempunyai reba di dasar, saya lebih gemar menggunakan model Thinfin memandangkan ianya mampu membuat selaman menjunam terus ke reba memandangkan ianya mempunyai bib yang panjang. Oleh yang demikian, secara automatik ia membuatkannya seakan-akan kalis sangkut. Sebab apabila gewang berlaga dengan reba atau bangkar di dasar, bib gewang tersebut akan mengena dahulu sebelum mata tiga gewang. Caranya ialah kita hanya memberhentikan karauan dan gewang akan timbul serta melepasi halangan tersebut. Setelah gewang di fikirkan melepasi struktur di dasar, barulah karauan semula di lakukan. Selalunya pemangsa akan mencekup semasa gewang berhenti gewang nak bergerak semula.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Mengilat tebing
Disebabkan kebanyakkan kawasan di sepanjang tempok pemecah ombak di muara Miri berkedalaman 2 meter ke 5 meter. Oleh itu, pemilihan gewang yang amat sesuai perlulah di titik beratkan. Oleh yang demikian, gewang Storm yang paling di gemari di gunakan di sini ialah model Thundercrank Madflash. Kerana ianya mampu menyelam pada kedalaman tersebut serta lenggokkan ekornya ala-ala Rapala Tail Dancer.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, LureSiakap putih daripada Firdaus Ismail…Model Thundercrank panjang 6 cm atau 8 cm adalah yang terbaik di gunakan sini 

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, LureRezeki casting  di sepanjang tempok pemecah ombak

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Bagi acara casting dari tebing dengan mengguakan gewang Storm selaman dalam atau cetek,  cara terbaik ialah dengan melontar gewang beberapa kali di spot-spot yang sama yang difikirkan berpotensi atau selari dengan tembok pemecah ombak. Sekiranya tiada sambutan daripada pemangsa di bawah, cuba untuk beralih tempat dan melakukan perkara yang sama.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Oleh yang dermikian,  kita dapat melakukan aktiviti mengilat meliputi kawasan yang luas serta peratusan untuk strike amat tinggi berbanding dengan hanya terpacak di sesuatu spot  menunggu pemangsa lalu. Selain daripada itu, jika tiada sambutan dengan menggunakan gewang yang sama di spot yang sama, sepertimana yang saya  lakukan ialah menukar model atau kedalaman selaman gewang yang di fikirkan sesuai.

Storm Smash Shad

Tips
Dari segi saiz gewang pula, saya lebih gemar menggunakan gewang saiz 6 cm hingga ke 8 cm terutamanya bagi memburu siakap putih atau merah. Ini kerana pemangsa di sini seperti siakap di sini lebih mengemari gewang bersaiz berkenaan.  Selain daripada itu, apa yang penting apabila menggunakan gewang ialah bagaimana kita mempersembahan gewang itu sendiri dilakukan supaya pemangsa tidak teragak-agak untuk membaham gewang yang di suakan.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, LureStorm Smash Shad – POWER!

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Selain model gewang  Storm yang telah lama bertapak di pasaran, keluaran model terbaru Storm Smash Shad tidak kurang hebatnya. Memang telah terbukti keberkesanannya menjerat spesis-spesis muara dengan kaedah casting kerana ianya juga di lengkapi dengan galas bebola di dalam badannya supaya menghasilkan bunyi yang bergemerincing di dalam air apabila di karau sepertimana model-model gewang keluaran Storm yang sebelumnya. Rekabentuknya yang menarik serta berat, menjadikannya amat sesuai apabila hendak melakukan lontaran jarak jauh apabila bot di labuhkan jauh daripada spot untuk mengelakkan ikan lari atau takut apabila ternampak bot lebih-lebih lagi di lubuk-lubuk yang sederhana dalam iaitu kurang 3 meter.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure
Spesimen MJ yang agak kasar dengan Storm Smash Shad

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Daripada pemerhatian saya, pemangsa seperti siakap putih, siakap merah, baby GT dan boleh di katakan hampir kesemua spesis yang kami perolehi dengan menggunakan gewang Storm lebih gemar menyambar apabila di karau dengan sederhana perlahan. Tidak kira samada dengan kaedah mengilat dari tebing atau dengan menggunakan bot. Dengan karauan yang sederhana perlahan serta dengan sedikit jerking di buat terhadap hujung joran, ini akan menambahkan aksi seolah-olah gewang yang di mainkan seakan-akan ikan mangsa yang cedera dan membuatkan pemangsa tidak akan teragak-agak untuk membaham.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Selain daripada itu, pemilihan joran juga amat penting apabila casting menggunakan gewang yang bersaiz sederhana besar. Untuk tugas itu, saya di beri kesempatan untuk menggunakan joran terbaru keluaran Storm model Solitude dan Mojo iaitu di mana model Solitude berkekuatan 10-16 lb manakala model Mojo 8-17 lb bagi memainkan gewang yang bersaiz berkenaan.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Memandangkan keadaan dasar di sesetengah lubuk yang berselerat dengan bongkah batu atau reba, saya lebih gemar menggunakan Storm Mojo. Lebih-lebih lagi apabila mensasarkan atau memburu siakap merah.  Ini kerana ianya mempunyai aksi extra fast action. sekiranya berlaku strike yang ganas daripada pemangsa di bawah, rod aksi sebeginilah yang paling sesuai untuk mengekang larian ikan daripada masuk menyelinap ke bangkar atau lubuk yang di penuhi oleh reba.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, LureStorm Smash Shad dalam warna Orange Tiger UV

Storm Solitude 4-piece

Model Solitude pula amat sesuai di gunakan untuk acara tracking atau travelling kerana ianya  senang di bawa kemana-mana memandangkan ianya 4 pcs. Pada mulanya saya meragui ketahanannya, tetapi apabila berjaya menumbangkan siakap merah berskali sekilo lebih dengan mudah serta beberapa ekor siakap berskala 4 kg lebih, ternyata apa yang saya sangkakan meleset sama skali. Walaupun ianya mempunyai empat sambungan serta batangnya yang halus, namun ianya mampu untuk melakukan aksi-aksi lenturan yang luar biasa apabila menerima tentangan daripada pemangsa di bawah.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Dari segi perambut (leader) serta tali utama (main line) pula, saya menggunakan perambut berkekuatan 20 lb dan 30 lb sepanjang  satu setengah depa atau dua depa. Sebaik-baiknya gunakanlah perambut 100% fluorocarbon kerana ianya tahan geseran daripada teritip-teritip di dasar yang mana sentiasa memberi khidmat kepada pemangsa  untuk meloloskan diri semasa bertarung. Manakala, tali utama (main line) pula, 15 lb ke 20 lb sudah memadai.

Storm Smash Shad, Thunderstick, Twitch Stick, Thunder Crank, Flutter Stick, Mangrove Jack, Grouper, Barramundi, Estuary, Muara, Siakap, Merah, Barracuda, Jenahak, Casting, Lure

Apa yang saya lihat, kesemua model gewang selaman Storm amat berkesan bagi menjerat berbagai-bagai spesis pemangsa  sepertimana  yang telah di nyatakan di atas. Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana cara persembahan yang di lakukan mengikut keadaan giografi lubuk atau tempat masing-masing. Apa yang penting di sini ialah kita hendaklah harus pelbagaikan model gewang dari kedalaman selamam, bentuk serta saiz gewang itu sendiri dikotak pancing masing-masing bagi menjayakan sesuatu trip mengilat selain factor cuaca serta pasang surut air.

Get your Storm hardbody lures and rods from 2fishtackle.com!

 

Facebook
The media channel for Rapala South East Asia featuring a collection of product information, catch reports & fishing journals from all over South East Asia. Fish On! Live Your Passion! www.fishonmag.com

SIMILAR ARTICLES