Home Articles Storm Arashi – Berkemungkinan Crankbait Yang Paling Mudah Digunakan

Storm Arashi – Berkemungkinan Crankbait Yang Paling Mudah Digunakan

Terbitan Majalah Sirip bulan Ogos 2015. Penterjemahan oleh En. Halimi Hanip. 

STORM ARASHI – Berkemungkinan gewang luar biasa yang paling mudah digunakan.
Prakata di atas adalah satu kenyataan yang berani. Tetapi itulah yang Hiroshi Takahashi (pereka gewang Storm) maksudkan apabila beliau mereka-bentuk gewang Storm Arashi. Menurut Hiroshi, platform Storm Arashi diilhamkan daripada keperluan untuk gewang jenis crankbait yang mudah digunakan.

Storm Arashi fishonmag.com

Crankbait yang ideal perlulah boleh dilontar jauh, mudah dikarau, berenang cantik sebaik keluar dari kotak dan yang paling penting, mempunyai aksi menggoda ikan yang sangat menarik. Storm Arashi memenuhi semua keperluan di atas. Jadi kenapa ia begitu istimewa?

Storm Arashi Circuit Board Lip fishonmag.com

Lidah Papan Litar

Penggunaan material papan litar yang nipis, namun kuat dan tahan lasak pada lidahnya telah menghidupkan aksi luar biasa gewang ini. Berbanding lidah acuan konvensional, papan litar nipis mempunyai daya rintangan lebih rendah apabila gewang dikarau. Ini juga bermakna Storm Arashi dapat mencapai aksi maksimumnya walaupun pada kelajuan perlahan.

Satu lagi kelebihannya ialah keupayaan untuk kekal stabil pada kelajuan sangat tinggi. Ini penting terutama apabila mencari ikan di kawasan yang luas atau apabila terdapat keperluan mengilat laju bagi mencetuskan sambaran ikan yang agresif.

Arashi Rotated Hook Hangers

Penyangkut Mata Kail Berputar

Gewang konvensional mempunyai penyangkut mata kail yang sejajar dengan muncung gewang. Walaupun konfigurasi ini baik untuk mata tiga yang sesuai, namun peluang untuk mata tiga tersekat agak tinggi apabila mata tiga lebih besar digunakan.

Dengan memutar penyangkut ini sebanyak 90 darjah, sudut pergerakan mata tiga adalah terhad, justeru mencegah sekatan apabila mata tiga lebih besar digunakan. Kedudukan ini juga memastikan mata tiga terletak lebih rapat dengan badan gewang untuk aksi yang lebih cantik.

Storm Arashi Self Tuning Line Tie

Titik Ikatan Talaan Sendiri

Di tengah-tengah titik ikatan talaan sendiri pada gewang ini adalah satu rekaan pergerakan bebas berpaten yang memastikan renangan gewang melurus sebaik keluar dari kotak. Memang sukar bagi crankbait jenis terapung untuk mencapai kestabilan pada kelajuan tinggi. Walau bagaimanapun, titik ikatan pergerakan bebas ini mempermudahkannya.

BARISAN STORM ARASHI

Storm Arashi Silent Square

Arashi Silent Square

Model ini berenang secara goyangan dan gelekan yang bernyawa. Keapungan membantu ia melepasi halangan dan reka bentuk lidah bersegi meningkatkan pemesongan yang sempurna apabila berlanggar struktur. Seperti namanya, ia tidak bergemerincing untuk pendekatan senyap kepada ikan yang berwaspada di air cetek.

Silent Square dilengkapi mata tiga VMC nikel hitam premium. Terdapat dalam dua model iaitu ASQS03 dengan panjang badan 2-1 / 8” selaman 3 kaki, dan ASQS05 dengan panjang badan 2-3 / 8” selaman 5 kaki.

Arashi Rattling Flat

Arashi Rattling Flat

Ia adalah gewang pemburu yang sempurna dalam perairan terbuka. Bahagian sisi ratanya membalikkan kekilatan yang tinggi, menarik perhatian visual manakala aksi gemerincingan merenjiskan getaran tinggi untuk menarik sang ikan. Model terapung yang berukuran 2-1 / 8” ini dilengkapi mata kail VMC nikel hitam premium dan mampu menyelam sehingga 7 kaki.


Arashi Rattling Deep fishonmag.com

Arashi Rattling Deep

Rattling Deep berenang dengan gelekan sederhana, tetapi tendangan ekor sangat kencang. Model selaman dalam berukuran 2-3 / 8” ini mempunyai bebola tunggal besar untuk menjana frekuensi yang rendah dan reka bentuknya berdaya lontaran jauh dengan tepat. Ia dilengkapi mata tiga VMC nikel hitam premium dan mampu menyelam sedalam 10 kaki.

 

 

Facebook
The media channel for Rapala South East Asia featuring a collection of product information, catch reports & fishing journals from all over South East Asia. Fish On! Live Your Passion! www.fishonmag.com