Home Articles Menduga Pemangsa Miri dengan Soft Plastic Storm & Trigger-X (B. Malaysia)

Menduga Pemangsa Miri dengan Soft Plastic Storm & Trigger-X (B. Malaysia)

by -
16247

Baby GT juga terpedaya dengan SP Storm WildEye Swim Shad

Muara Miri sememangnya tidak asing lagi khasnya bagi kaki-kaki casting yang berada di Miri yang mana kedudukannya betul-betul berhadapan dengan bandaraya Miri . Bagi kaki-kaki casting, pastinya geram apabila melihat tembok batu pemecah ombak  yang berkilometer panjangnya  yang mana sudah tentu ianya menjadi sarang atau nursery kepada sesetengah spesis air masin. Dahulunya, separuh daripada kawasan muara Miri tertutup kepada pemancing terutamanya di kawasan Marina Bay di tutup buat kaki-kaki pancing atas sebab-sebab keselamatan kerana kawasan tersebut masih dalam pembinaan. Tetapi sekarang, anda bolehlah memancing dengan sepuas-puasnya sampai lebam kerana hampir kesemua kawasannya dibenarkan memancing.

Siakap Putih berskala 3 kg lebih mudah di perdaya dengan menggunakan Storm Wildeye Swim ShadSiakap Putih berskala 3 kg lebih mudah di perdaya dengan menggunakan Storm Wildeye Swim Shad.

Hanya di sesetengah kawasan sahaja masih dilarang memancing secara landbase atas sebab-sebab keselamatan, terutamanya di sekitar atau tempat kapal-kapal mewah berlabuh (parking), di sekitar bangunan seafood restoran serta berdekatan kawasan tapak-tapak bangunan yang sedang rancak di lakukan. Oleh yang demikian,  ini menambahkan lagi kemeriahan aktiviti memancing bagi kaki-kaki pancing di kawasan Miri terutamanya apabila di hujung-hujung minggu ataupun cuti umum. Selain melakukan aktiviti memancing, ramai juga pemancing membawa keluarga masing-masing bersama sambil beriadah di hujung-hujung minggu.

SP warna terang Trigger-XSP warna terang Trigger-X Swimming Grub.

Memandangkan kedudukan tembok pemecah ombak muara Miri serta Marina Bay adalah berhadapan laut terbuka, oleh itu musim terbaik bagi memburu pemangsa adalah bermula bulan Januari hingga Mei. Ini kerana pada masa tersebut juga adalah musim bubok (dikenali sebagai udang geragau di Semenanjung) mula rapat ke pantai. Ini kerana pada musim bubok  juga selalunya laut akan menjadi tenang.  Mungkin disebabkan kehadiran bubok menyebabkan ikan pusu, ikan kelapa serta ikan-ikan kecil yang lain berpusu-pusu datang untuk membaham bubok dan masa inilah ikan spesis-spesis pemangsa seperti anak GT, siakap merah, kerapu dan siakap putih yang lain berpesta makan apabila bubuk berkumpul di tepi pantai. Oleh yang demikian, bagi kaki-kaki casting khasnya, musim ini tidak akan di sia-siakan.

Siakap Putih ini menyambar SP Trigger-X Grup saya apabila hendak sampai ke permukaan airSiakap Putih ini menyambar SP Trigger-X Swimming Grub saya sejenak sampai ke permukaan air.

Land-based Casting
Disebabkan kebanyakkan kawasan di sepanjang tembok pemecah ombak muara Miri menuju ke Marina Bay berkedalaman 3 ke 5 meter, kebanyakkan gewang selaman yang berada di pasaran sekarang pun tak mampu untuk menerjah di sesetengah spot atau lubuk yang dalam yang dianggapkan berpotensi. Oleh yang demikian, dengan kaedah casting secara land-base agak sukar atau mustahil untuk menghantar gewang selaman dalam di depan batang hidung pemangsa.

Lagi spesimen ibu gelama daripada Hipney juga dengan menggunakan SP Trigger-X GrubLagi spesimen ibu gelama daripada Hipney juga dengan menggunakan SP Trigger-X Swimming Grub.

Lain ceritalah kalau menggunakan kaedah trolling. Ianya boleh dilakukan dengan hanya menggunakan gewang selaman dalam dengan hanya meletakkan gewang seberapa jauh di belakang bot. Oleh itu, kaedah terbaik bagi saya serta rakan-rakan untuk menduga lubuk tersebut dengan land-based casting ialah dengan menggunakan soft plastic (SP). Ini sajalah cara atau kaedah bagi  meletakkan gewang di tempat persembunyian pemangsa-pemangsa seperti kerapu, siakap merah serta siakap yang sentiasa bermaharajalela sentiasa menunggu mangsanya di celah-celah bongkah batu yang berkedalaman sedemikian.

SP Trigger X mempunyai feromon untuk merangsang naluri ikan pemangsaSP Trigger-X mempunyai feromon untuk merangsang naluri ikan pemangsa.

Untuk itu, saya di beri kepercayaan oleh Rapala VMC supaya menduga lubuk-lubuk yang difikirkankan berpotensi dengan menggunakan soft plastic (SP) jenama Storm serta Trigger-X. Selain daripada pelbagai bentuk yang menyerupai ikan mangsa seperti gelama, belanak dan ikan mangsa lain, aksinya juga memang mantap apabila berada di dalam air walaupun hanya di karau secara lurus tanpa membuat sedikit sentapan. Bagi acara land-base casting, cara terbaik ialah dengan casting beberapa kali di spot-spot yang sama di katakan berpotensi atau selari dengan tembok pemecah ombak. Sekiranya tiada sambutan daripada pemangsa di bawah, cuba beralih tempat dan melakukan perkara yang sama. Oleh itu, kita dapat melakukan aktiviti casting meliputi kawasan yang luas serta peratusan untuk strike amat tinggi berbanding dengan hanya terpacak di sesuatu spot  menunggu pemangsa lalu.

Kerapu daripada Ramzi
Kerapu daripada Ramzi.

Boat-based Casting
Bagi menerjah kawasan-kawasan yang agak sukar untuk melakukan aktiviti memancing dari tebing, casting dengan menggunakan bot adalah jalan terbaik. Saya serta rakan-rakan telah banyak menerjah lubuk-lubuk yang berbatu mahupun di kawasan Miri mahupun di luar Miri sebelum ini dan ternyata keputusannya amat positif. Bagi saya, menggunakan SP kadang-kadang lebih seronok berbanding menggunakan hard body lure kerana kadar strike lebih tinggi, namun kerap kali SP yang di suakan akan mudah tersangkut di celah-celah batu di dasar lebih-lebih lagi jika SP yang di gunakan tidak mempunyai kalis sangkut (weedless). Dengan menggunakan bot, kerja-kerja menyelamatkan SP yang tersangkut di celah-celah bangkar lebih senang di lakukan berbanding land-base.

Jamal tersentum puas apabila berjaya menewaskan MJ dengan menggunakan SP model Storm WildEye Swim ShadJamal tersentum puas apabila berjaya menewaskan MJ dengan menggunakan SP model Storm WildEye Swim Shad.

Bagi kaedah casting dengan menggunakan bot, saya serta rakan-rakan menggunakan teknik berhanyut di sepanjang tebing sungai atau tembok pemecah ombak mengikut arus pasang surut air laut  atau dengan cara melabuhkan sauh.  Tetapi dengan menggunakan kaedah berhanyut, apa yang saya perhatikan hanya di spot-spot yang cetek sahaja agak berkesan. Bagi lubuk-lubuk yang dalam pula, saya lebih gemar melabuhkan sauh bagi membiarkan SP sempat jatuh di spot-spot yang di fikirkan berpotensi.  Oleh yang demikian, SP yang di suakan dapat di persembahkan dengan lebih lama serta pelbagai tektik persembahan dapat dilakukan.

Ibu gelama ini terpedaya dengan mengguanakan SP Trigger-X GrubIbu gelama ini terpedaya dengan mengguanakan SP Trigger-X Swimming Grub.

Perkakas & Tip-tip
Terdapat pelbagai model  Storm soft plastic yang saya selalu gunakan seperti Storm WildEye Swim Shad, Pro Grub mahupun Pro Shad. Manakala bagi model Trigger-X Aggression pula, saya lebih gemar menggunakan model Minnow dan Worm. Kesemuanya amat berkesan bagi menjerat berbagai-bagai spesis pemangsa  sepertimana  yang telah dinyatakan di atas. Dari segi saiz SP pula, saya lebih gemar menggunakan SP saiz 3-inci hingga 5-inci terutamanya bagi memburu siakap putih atau merah.

SP Trigger-X  Minnow juga amat sesuai di mainkan di spot-spot atau lubuk-lubuk yang cetek bagi memburu Siakap merah atau spesis-spesis muara yang lainSP Trigger-X  Minnow juga amat sesuai di mainkan di spot-spot atau lubuk-lubuk yang cetek bagi memburu Siakap merah atau spesis-spesis muara yang lain.

Ini kerana pemangsa seperti siakap di sini lebih mengemari SP bersaiz berkenaan. Selain daripada itu, apa yang penting apabila menggunakan SP ialah bagaimana persembahan SP itu sendiri dilakukan supaya pemangsa tidak teragak-agak untuk membaham SP yang disuakan. Daripada pemerhatian saya, pemangsa seperti siakap putih, siakap merah dan baby GT boleh dikatakan hampir kesemua spesis yang kami perolehi dengan menggunakan SP lebih gemar menyambar apabila di karau dengan perlahan. Tidak kira sama ada dengan kaedah casting secara land-based atau dengan menggunakan bot.

Hasil lumayan dengan menggunakan SPHasil lumayan dengan menggunakan umpan soft plastic.

Saya memastikan SP yang dihantar ke suatu spot sampai ke dasar terlebih dahulu sebelum mengaraunya. Dengan karauan yang perlahan serta dengan sedikit jerking dibuat terhadap hujung joran, ini akan menambahkan aksi seolah-olah SP yang di mainkan seakan-akan ikan mangsa yang hidup atau nampak realistik di dalam air dan membuatkan pemangsa tidak akan teragak-agak untuk menerkam.

MJ yang diperdaya Trigger-X Minnow

Dari segi warna SP yang digunakan pula, ianya bergantung kepada keadaan atau warna air pada atau ketika pasang mahupun surut.  Ini kerana bila berlakunya surut, air dari sungai Miri yang sememangnya terkenal dengan air kopi ‘O’ kaw iaitu hitam pekat akan melimpah hingga ke seluruh kawasan Marina Bay. Selalunya, warna SP yang terang seperti Glow Tiger, Fire Tiger, Gold adalah di antara warna  berkesan atau gemar diterkam oleh pemangsa di bawah apabila air sugai melimpah kawasan Marina Bay. Manakala apabila berlakunya pasang, arus akan membawa air yang hitam pekat tadi masuk semula kedalam sungai dan keadaan air akan bertukar seperti sediakala. Oleh itu, warna SP yang di gunakan pula lebih kepada warna neutral seperti White Ghost, Silver Fluoro. Chart, Blue Shiner dan berbagai-bagai lagi. Terdapat banyak lagi warna yang menarik yang terdapat di pasaran sekarang keluaran Storm dan Trigger-X. Jadi, terpulanglah kepada anda untuk mencubanya.

Mantap!

Selain daripada itu, pemilihan joran juga amat penting apabila casting menggunakan SP. Lebih-lebih lagi apa bila menggunakan SP yang bersaiz besar serta berat. Set casting ultra-light kurang sesuai digunakan. Ini kerana rod akan menerima beban yang lebih terutamanya apabila membuat balingan dan ini akan membahayakan rod itu sendiri, seperti terlebih beban dan menyebabkan tip ataupun hujung joran akan tercedera ataupun kalau silap langkah, boleh patah hujung rod dibuatnya.

Siakap Merah daripada Hipney dengan menggunakan SP Storm ProGrub warna Pearl White

Oleh yang demikian, saya menggunakan joran berkekuatan 10-17 lb atau 10-20 lb bagi memainkan SP yang bersaiz 5 inci, manakala joran berkekuatan 8–16lb apabila menggunakan S.P bersaiz 3-inci ataupun 4-inci. Ini bukan bermaksud set ultra-light tidak boleh digunakan. Memandangkan keadaan dasar yang berselerat dengan bongkah batu, sekiranya berlaku strike yang ganas daripada pemangsa di bawah, set casting sebegini tidak dapat menahan asakan ikan semasa membuat pecutan dan cuba menyelinap ke celah-celah bongkah batu. Oleh yang demikian, saya menyarankan set medium-heavy atau heavy adalah jalan terbaik bagi mengekang larian padu pemangsa di bawah.

Storm Wildeye Swim Shad warna Glow in the  dark juga amat berkesan bagi menjejak siakap apabila hari dah gelap atau malamStorm Wildeye Swim Shad warna Glow in the  dark juga amat berkesan bagi menjejak siakap apabila hari dah gelap atau malam.

Dari segi perambut (leader) serta tali utama (main line) pula, saya menggunakan perambut berkekuatan 20lb dan 30lb sepanjang  satu setengah depa atau dua depa. Sebaik-baiknya gunakanlah perambut 100% fluorocarbon kerana ianya tahan geseran daripada teritip-teritip di dasar yang mana sentiasa memberi khidmat kepada pemangsa untuk meloloskan diri semasa bertarung. Manakala, tali utama (main line) pula, 15lb ke 20lb sudah memadai. Di sini, saya menggunakan tali utama (main line) keluaran Sufix 832 braid dan perambut (leader) juga keluaran Sufix Invisiline 100% flurocarbon ternyata tidak menghampakan kerana daya tahannya yang lasak iaitu tidak mudah rapuh serta berbulu apabila selalu digunakan seperti kebanyakkan jenama-jenama lain yang berada di pasaran.

Lagi spesimen ibu gelama daripada Hipney juga dengan menggunakan Trigger-X GrubLagi spesimen ibu gelama daripada Hipney juga dengan menggunakan Trigger-X Swimming Grub.

Dari segi pasang surut air pula, saya mendapati pemangsa di sini lebih aktif menyambar SP pada permulaan arus pasang ataupun ketika air pasang paling kecil berbanding ketika air pasang besar. Ini bermakna air laut akan mengalami pasang sebanyak dua kali sehari. Ketika air pasang kecil, arus akan bergerak perlahan dan ini akan menyebabkan pemangsa akan aktif mencari makanan manakala ketika air pasang besar, ini bermakna arus pasang atau surut akan bergerak laju dan kebanyakkan pemangsa mungkin hanya lebih baik mendiamkan diri atau berselindung sahaja di celah-celah bongkah batu daripada membuang tenaganya untuk menungkah arus yang deras untuk mencari makanan.

Siakap Putih daripada pemecah ombak Miri

Secara keseluruhannya, misi kami untuk menduga dengan menggunakan SP telah mendatangkan hasil. Walaupun banyak SP telah terkubur buat selama-lamanya, tetapi itu sama sekali tidak mengugat  hati saya untuk terus mencuba kaedah yang menyeronokkan ini  bagi memburu penunggu tembok batu pemecah ombak di mana saja berada.

Facebook
The media channel for Rapala South East Asia featuring a collection of product information, catch reports & fishing journals from all over South East Asia. Fish On! Live Your Passion! www.fishonmag.com

SIMILAR ARTICLES