Pekan Ebek Frenzy!
Bulan February dan Mac adalah bulan yang saya sentiasa nantikan pada setiap tahun kerana bulan ini adalah masanya untuk saya merasakan tarikan ikan Ebek “Diamond Trevally“ dengan kaedah jigging ringan kerana pada bulan inilah, dikatakan gerombolan Ebek dan ikan-ikan pemangsa yang lain akan bermain-main dan mencari makan disekitar batu-batu karang di perairan Pekan selepas berakhirnya monsun.
Pada bulan ini jugalah yang dinantikan oleh Abg Zul untuk meracun kawan-kawan dengan gambar tangkapan ebek di Pekan dengan kaedah jigging ringan yang semakin digilainya. Gambar-gambar hasil tangkapan dari pengusaha boat di Pekan sentiasa kami nantikan didalam ruangan Facebook mereka.
Gerong Belang juga turut serta membaham jig
Segala persiapan jigging dipersiapkan bagi menanti tibanya musim ebek, jig-jig seberat 40g selalunya menjadi pilihan apabila turun ke perairan ini. Storm Southeast Asia telah mengeluarkan jig yang terbaru bernama “KOIKA” (bererti sotong mengabang dalam bahasa Jepun) dan inilah masanya yang sesuai untuk saya sendiri mengujinya. Lantaran itu juga saya juga berpeluang untuk menguji rod micro jigging terbaru dari Storm iaitu Storm Keiryo PE0.4-1 untuk diuji sepenuhnya.
Perairan Pekan, Pahang bukan nama asing lagi bagi peminat-peminat light jigging dan mikro jigging. Trip pembuka tirai musim ini membawa rezeki yang lumayan bagi saya dan rakan-rakan kerana Amir telah menjumpai tempat dimana Ebek berkumpulan dalam kumpulan yang banyak bermain- main dan mencari makan. Alhamdulillah ketibaan kami kali ini tepat pada masa dan tempatnya kerana saat inilah masanya untuk merasai tarikan spesies elusif ini dan tarikan yang berkali-kali dan banyak.
Amir tidak melepaskan peluang merasai keluaran rod jigging Storm Keiryo dan reel Rapala Rage untuk 2014.
Liuk lentuk kelembutan joran Storm Gomoku Keiryo menghadiah saya ikan pertama 2014.
Gandingan mantap Storm Gomoku Keiryo dengan Daiwa Caldia 2500 dan jig Storm Gomoku Koika 40g. Mikro kan set pancingan anda untuk kepuasan maksimum!
“Close up” Gomoku Koika – Jig Alaf Baru Keluaran Storm.
Ebek bulat berkeliaran berdekatan kawasan karang.
Jig Storm Koika direka khas untuk gaya jigging perlahan ataupun ‘slow style jigging’.
Gerong Belang tidak tahan dengan lenggokan KOIKA “Naked Flash Zebra dihenjutkan 2-3 kaki dari dasar laut.
Lentur Keiryo PE0.4-1 bila dihenjut Sang Ebek.
Double strike Keiryo spinning dan baitcasting series!
Triple hookup ” GoMoKu Family Rod” Yeahhh!
Layan-layan!
Gomoku Super Skarp (HYB) menjadi juga apabila ia dimainkan jigging ala-ala yoyo.
Kalau kena timing dan tempatnya triple strike sering terjadi.. GoMoKu! Yeah!
Jarang- jarang warna Pink dihambat Ebek Pekan, tapi dengan lenggokan KOIKA (SPZ) mengiurkan Ebek.
Joran Gomoku Keiryo + Baitcaster Rapala Rage + Storm Koika SPZ (Silver Pink Zebra) + tali Sufix 832 10lb.
Kepuasan maksimum apabila size Ebek didaratkan dengan set pancingan ringan.
Haruan Tasik juga ditemui ketika mencari Ebek.
Kepuasan maksimum apabila orang baru berpeluang merasai sendiri aksi joran Storm Gomoku Erito PE0.8-1.5.
Syiok sekali!
Henjutan-henjutan pendek dihujung rod tip Storm Gomoku Keiryo dan juga tarian perlahan KOIKA warna UVSB menghadiah Ebek size yang diinginkan.
Joran Keiryo yang lembut mampu menahan larian rakus Ebek tanpa mengoyakkan mulutnya yang halus.
Kombinasi antara boatman dan pemancing amat penting, Henjutan-henjutan perlahan dan laju dihujung rod yng dimainkan Amir menghasilkan strike dan ikan ini didaratkan oleh Mohamad Reza untuk merasai sendiri aksi rod Storm Keiryo dari Storm.
Perkhidmatan Bot Pekan
Tekong: Amir (Facebook: Amir Jig Otai)
Hubungi: +6013 974 8944 / +6013 971 5911
Get your Storm Gomoku Keiryo (PE0.4-1) jigging rod and Storm Gomoku Koika jigs from 2fishtackle.com!